Pantai sememangnya menjadi pilihan kebanyakan individu untuk mencari ketenangan.
Selain melihat keindahan suasana di persisiran, banyak juga aktiviti air lain yang boleh dilakukan seperti menaiki bot, mencari kerang atau siput ketika air laut belum pasang.
Jadi, tidak hairanlah jika individu ini terlalu menikmati aktivitinya sehingga tidak semena-mena keretanya sudah berada di tengah laut dan hampir sahaja tenggelam.
Dalam video yang dimuat naik ‘Shhrul.nzm’ menyaksikan kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih itu sudah ‘berlayar’ di tengah laut.
Tidak lama kemudian, berlari orang ramai dan pasukan bomba ke arah laut untuk menyelamatkan kereta berkenaan.
Walau bagaimanapun, kereta tersebut berjaya dibawa naik semula ke darat yang mana detik kejadian dapat dilihat dalam video dikongsikan oleh ‘Mycil Hafez’ di platform Tiktok.
Jika dilihat, warna Myvi putih tadi sudah ‘dicemari’ dengan pasir pantai, manakala ruang dalamnya pula dimasuki air laut dan pastinya akan menjejaskan keadaan enjin serta komponen lainnya.
Menurut sumber, pemilik Myvi itu tidak sempat menyelamatkan keretanya yang diletakkan berhampiran tempat dia mengutip siput.
Tiba-tiba sahaja air laut pasang dan ‘membawa’ kereta miliknya dan boleh dikatakan jarak kenderaan itu dengan darat agak jauh.
Rata-ratanya bercakap tentang kehebatan Myvi yang memang tak dapat disangkal lagi sehingga rakyat menggelarnya ‘King’.
Bukan itu sahaja, mereka turut meninggalkan pelbagai andaian mempersoalkan bagaimana kejadian sebegitu boleh berlaku.
Turut baca :
- Video pergaduhan tular, gadis tampil dedah punca dia mengamuk
- {VIDEO} Hos sibuk tanya pasal janda, majlis ilmu di Kelantan jadi bualan
Leave a Reply