{VIDEO} “Belum apa-apa dah petik member…” Gelagat lelaki mengadu ketika ditahan polis mencuit hati

“Belum apa-apa dah petik member…” Gelagat lelaki mengadu ketika ditahan polis mencuit hati. Lazimnya, kita akan rasa takut dan cuak apabila ditahan oleh pegawai polis dan dalam waktu sama mulai terfikir andai ada kesilapan yang telah dilakukan tanpa sedar.

Namun, berbeza pula dengan pemuda ini bilamana dia dengan selambanya mengadu domba pula dengan pegawai polis ketika ditahan dalam satu sekatan jalan raya.

Pemuda tersebut yang dilihat sedang memimpin motor dengan kawan-kawan lain sempat mengadu kepada pegawai berkenaan bahawa mereka yang mengajaknya keluar.

Dalam erti kata lain, dia ingin memaklumkan bahawa dia cuma mangsa yang telah dipaksa.

Walau bagaimanapun, kesemua mereka tidak membantah dan hanya ikut arahan pegawai bertugas untuk dikenakan pemeriksaan selanjutnya.

Malah, beberapa petugas yang berada di situ juga dilihat bersahaja melayan karenah geng motor berkenaan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*