Hampir 100 tahun di kaca TV, pemilik suara Mickey Mouse akhirnya terjawab
Setelah sekian lama membesar dengan kartun Mickey Mouse, siapa sangka rupanya pengalih suara bahasa Melayu animasi itu milik pengarah dan pelakon hebat, Khir Rahman.
Pendedahan itu dibuat olehnya menerusi satu video di Tiktok yang mana sehingga kini perkongsian itu menjadi perhatian peminat Mickey, sekaligus memenuhi ruangan komen dengan pelbagai respon.
Dalam video tersebut, Khir Rahman juga sempat ‘belanja’ sedikit dialog yang selalu diucapkan oleh watak Mickey Mouse dalam setiap sirinya.
Bagaimanapun, tak dinafikan bahawa ramai peminat kartun itu tidak mempercayai akan pengakuan Khir Rahman.
Demikian selepas melihat ruangan komen bilamana masing-masing jadi tak keruan, malah ada juga akui lega dengan pengakuan itu kerana sebelum ini menjadi tanda tanya mereka.
Turut baca
Leave a Reply