{VIDEO} Kecoh lelaki mengaku cicit Nabi, ini penjelasan UAI

Kecoh lelaki mengaku cicit Nabi, ini penjelasan UAI. Sejak minggu lalu, kecoh di media sosial akan kedatangan seorang individu dari Maghribi mengaku dirinya cicit kepada baginda Muhammad SAW.

Tak dinafikan, ramai tertanya-tanya akan kesahihan identiti lelaki tersebut yang juga digelar sebagai ‘habib’.

Lebih mengejutkan, negeri Selangor turut membatalkan program Maulidul Rasul bersama individu itu atas sebab yang tidak diketahui.

Terpanggil untuk mengulas isu tersebut, penceramah bebas iaitu Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam hujahnya meminta orang ramai bersangka baik.

“Dia masuk Malaysia dengan cop halal, dia ada cakap apa-apa ke? Dia ada kutip duit korang?”

“Setakat dia mari majlis Maulid Nabi, cuma kita bersangka baik lah selagi tiada tanda dia memudaratkan orang lain.” – UAI.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*