“Takkan muslimat nak pi kempen selak kain…” MB Kedah sifatkan UMNO bagai ‘orang gila’, desak PRU segera

Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Mohamad Sanusi Mat Nor menyifatkan Umno dan pemimpinnya sebagai orang gila apabila mendesak agar pilihan raya umum diadakan segera.

“Orang gila ajak buat pilihan raya. Inipun sejenis gila yang kita tak tahu nak tohok (buang) kat mana,” kata Menteri Besar Kedah itu ketika mengulas desakan Umno itu.

“Ini yang dok gagah sekarang ni. Dok ajak orang pi kempen, ajak redah banjir.

“Ehh hang ni gila kot sampai nak kerja macam tu,” kata Sanusi dalam satu majlis semalam.

Kenyataan Sanusi yang menyifatkan Umno ini gila dibuat ketika Pas sedang memujuk Umno agar bekerjasama dan tidak berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN, PN dan PH dalam PRU-15 nanti.

Umno sedang mendesak agar Naib Presiden Umno yang juga Perdana Menteri agar membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya pada tahun ini juga.

Umno yakin boleh menang sekarang ekoran pencapaian baik mereka dalam pilihan raya negeri Melaka dan Johor sebelum ini.

Mereka mahu mengekalkan momentum kemenangan itu dalam PRU-15 ini.

Sebelum ini, Pas secara rasmi telah menolak PRU-15 diadakan pada tahun ini dan tiga kerajaan negeri mereka iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak akan membubarkan Dewan Negeri mereka.

Kesemua Menteri dari Perikatan Nasional (PN) termasuk Pas menghantar surat kepada Yang Dipertuan Agong memohon agar PRU tidak diadakan tahun ini.

Mengulas kenyataan pemimpin Pas ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata, langkah ini adalah signal Pas tidak mahu bekerjasama dengan umno.

“Tetapi apa yang berlaku, selain kenyataan berbeza di kalangan pemimpin PAS, 12 Menteri dari Pas dan Bersatu hantar memorandum kepada YDP Agong mohon PRU ke 15 tidak diadakan tahun ini.

“Ia memberi signal Pas tidak jadi bekerjasama dengan Umno. Pas berat tinggalkan Bersatu. Tanpa Bersatu Pas bimbang Umno akan jadi lebih dominan,” kata Speaker DUN Johor itu.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*