CCTV pasaraya bongkar ‘content’ jijik ‘Youtuber’, ini yang berlaku. Demi meraih penonton tertinggi di media sosial, sekumpulan Youtuber dari Brunei yang kononnya ingin membawa kelainan dalam video terbaharunya dikenakan tindakan undang-undang.
Sepertimana yang dilihat, dalam sorotan itu menyaksikan perlakuan beberapa individu sesuka hati membuka botol air yang berada di peti pasaraya dan meminumnya.
Namun, apa yang menjijikkan apabila mereka meletakkan semula botol tersebut dan mengambil yang baru sebelum bergerak ke bahagian lain.
Pun begitu, ada juga yang cuma singgah minum sahaja, tidak mengambil sebarang produk di situ.
Tanpa sedar, secara tak langsung video itu memberi kesan dan trauma kepada pembeli di luar sana jika mereka terambil barangan yang berstatus ‘secondhand’.
Walau bagaimanapun, menurut sumber perbuatan mereka telahpun terbongkar dan sampai ke pengetahuan pihak pengurusan pasaraya.
Malah, kesemua terlibat juga telah dikenakan tindakan.
Turut baca :
- Kejam !!! Walaupun tebusan sudah dibayar mangsa culik tetap dibunuh
- Tular video suami isteri hidu gam dalam kereta, netizen risau nasib anak duduk di belakang
Leave a Reply