Guna Touch n Go tapi masuk lorong Smart Tag, pemandu main brek, bengang kena hon. Tiada kepentingan lain bagi seorang pemandu menggunakan honnya jika bukan ingin menegur pemandu lain yang mungkin ada berbuat kesilapan di atas jalan raya.
Namun, tidak semua orang boleh menerima teguran tersebut, sebaliknya membuat protes konon paling tersakiti sepertimana yang dilakukan oleh lelaki ini.
Dalam sorotan itu, sebuah kereta Mercedes telah berhenti di lorong ‘Smart Tag’, namun bukan disebabkan tidak cukup baki tetapi kerana salah masuk lorong, walhal dia adalah pengguna kad ‘Touch n Go’.
Pun begitu, apa yang membuatkan pemandu berkenaan berang apabila kereta dibelakangnya membunyikan hon kerana kejadian itu telah menyebabkan laluan pengguna lain terhalang.
Disebabkan itu, dia membalas semula dengan bermain brek selepas keluar dari tol selama beberapa minit sehingga menyebabkan mereka hampir terlibat dalam kemalangan.
Ramai mengecam tindakan pemandu Mercedes itu yang dianggap degil kerana dilihat seolah-olah tidak boleh menerima hakikat yang sememangnya dia bersalah.
Namun, sebahagiannya pula menyalahkan kereta di belakangnya kerana tidak sabar, walhal bukan lama pun menunggu masalah itu diselesaikan.
Turut baca :
- Persediaan PRU15? Agong ‘turun’ melawat Pusat Ramalan dan Amaran Banjir
- “Saya malu gambar tular…” Kesal dituduh curi kain lap dobi, wanita buat laporan polis
Leave a Reply