Bedil penonton guna gas pemedih mata, polis Indonesia dikecam

Polis Indonesia dikecam teruk kelmarin selepas 125 orang terbunuh dalam insiden rempuhan di sebuah stadium bola sepak di mana anggota-anggota pasukan keselamatan melepaskan bedilan gas pemedih mata ke arah penyokong yang menceroboh masuk ke padang.

Katanya, aduan itu daripada lelaki tempatan, 28, yang mendakwa diugut seorang lelaki dikenalinya ketika berada di Pejabat D7 (Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

“Siasatan dilakukan mendapati berlaku pergaduhan membabitkan dua kumpulan yang terdiri daripada warga tempatan di kawasan parkir luar Jalan Vista Mutiara 1, kira-kira 2 pagi, 29 Ogos lalu.

“Tujuh individu telah ditahan untuk siasatan Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan seorang saksi telah dipanggil ke pejabat D7 IPD Sentul berkait kes itu pada 2 petang, 3 September lalu, yang mana dia mempunyai dua saudara yang ditahan kerana terbabit pergaduhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beh berkata, ketika berada di pejabat D7, saksi itu ada berinteraksi dengan tahanan dalam bahasa Cina dan anggota bertugas tidak nampak sebarang perlakuan jenayah dalam interaksi terbabit, meskipun tidak memahami bahasa ditutur.

Katanya, semua tahanan itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis pada 4 September lalu, dengan dua daripadanya dituduh pada 9 September mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

“Bertindak atas laporan dibuat pengadu bersabit insiden yang tular di Facebook itu, pihak polis sudah menahan seorang suspek pada 8 September dan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan pada 9 September atas kesalahan ugutan jenayah,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa pihaknya tidak bersekongkol dengan mana-mana pihak yang melakukan perbuatan jenayah dan tindakan tegas diambil mengikut undang-undang sedia ada.

“Pihak polis menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang insiden yang boleh mencemarkan reputasi PDRM dan mendatangkan kegusaran umum.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan insiden itu boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482222 untuk tindakan lanjut,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*