Lufya kongsi ‘screenshot’ mesej lelaki tawar diri jadi calon suami

Baru-baru ini, pelakon, Lufya Omar mendedahkan menerima kiriman mesej daripada lelaki di laman sosial yang ingin mengenalinya dengan lebih rapat selain menawarkan diri mahu menjadi calon suaminya.

Menerusi hantaran di InstaStory, Lufya yang kini berusia 37 tahun telah berkongsi beberapa screenshot mesej yang diterima daripada beberapa lelaki yang menawarkan diri mahu menjadi calon suaminya. Lufya kemudian membalas mesej tersebut dan meminta lelaki berkenaan agar menghantar resume untuk ‘disemak’. Lufya kemudian seakan berseloroh dengan memberitahu bahawa dia tidak kisah untuk kembali berkahwin sekiranya anaknya memberi persetujuan.

Namun Lufya mengakui masih belum terfikir untuk mencari calon suami atau mendirikan rumah tangga sebaliknya anak dan keluarga adalah keutamaannya buat dirinya. Tambah Lufya lagi, dia kini bahagia dengan kehidupannya bersama anak perempuannya, Haura.

Just nak beritahu, bukan tak laku tapi terlebih laku. Alhamdulillah ramai je yang sayang dan suka cuma anak dan keluarga adalah keutamaan saya.

Ada jodoh InsyaAllah dengan lelaki yang tepat, kalau tak ada pun Alhamdulillah moga Allah ganti dengan jodoh yang lebih baik di sana nanti. Kita jangan berharap pada manusia. Belum tentu mereka akan bahagiakan kita, berharap sepenuhnya pada Allah. Rezeki Allah pasti. Alhamdulillah tak pernah putus.

Terdahulu, Lufya pernah mendirikan rumah tangga dengan Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum pada 26 November 2016 bagaimanapun pasangan ini sah bercerai pada 17 Jun 2020. Hasil perkahwinan pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Laana Haura yang kini berusia empat tahun.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*