Lima tahun jadi mangsa rogol bapa tiri. Seorang warga emas ditahan selepas disyaki merogol anak tirinya berusia 17 tahun di daerah ini sejak lima tahun lalu.
Suspek berusia 64 tahun ditahan kira-kira pukul 8.05 malam pada 21 September lalu.
Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, perbuatan suspek terbongkar selepas mangsa mengadu kepada ibunya yang berusia 34 tahun mengenai perbuatan terkutuk dilakukan bapa tirinya sebelum wanita itu membuat laporan polis.
“Bertindak atas maklumat diterima, kita menahan suspek pada 21 September lalu dan siasatan awal mendapati perbuatan terkutuk berlaku terhadap mangsa sejak dia berusia 12 tahun.
“Siasatan awal mendapati suspek sering melakukan perbuatan berkenaan ketika mereka tinggal berdua di dalam rumah selain mangsa diugut selepas itu,” katanya.
Ahmad Zamry berkata, suspek direman tujuh hari sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana melakukan merogol.
Turut baca :
Leave a Reply