PU Syed tegur Yazmin Aziz, jangan bangga ada pakwe bukan Islam. Gadis kacukan Malaysia – Filipina, Yazmin Aziz baru-baru ini terpalit kontroversi apabila tampil berani memuat naik foto berbikini di Instagram.
Dia juga dilihat berpelukan dengan kekasihnya pemain bola TRW Kelantan FC iaitu Nixon Guylherme sehingga mengundang kecaman ramai.
View this post on Instagram
Baru-baru ini, Yazmin tampil menjelaskan status agama yang dianuti kekasihnya itu. Menurut penyanyi baru ini, kekasihnya itu beragama Katolik dan bukannya Kristian.
Dalam masa yang sama peserta Big Stage 2022 ini tidak faham mengapa perbezaan agama mereka menjadi perhatian netizen.
Terbaru, PU Syed tampil menegur Yazmin supaya tidak berbangga mempunyai kekasih bukan Islam dan menayangkan kehidupan bebas di media sosial.
View this post on Instagram
Kata PU Syed, perbuatan berpelukan di khalayak ramai tidak patut dipertontonkan tambahan pula zaman kini kita berada di zaman fitnah.
Pendakwah ini turut menasihati Yazmin supaya sentiasa berpegang teguh pada landasan agama.
Beliau menyarankan penyanyi ini bertaubat dan mengajak kekasihnya itu supaya memeluk Islam dan segera bernikah.
Turut baca :
Leave a Reply