Nahas di Rembau, pemandu lori maut, 7 polis parah. Seorang pemandu lori maut manakala tujuh anggota polis parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM225 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), di Rembau.
Dalam kejadian 3.40 petang semalam, nahas membabitkan sebuah van pasukan polis Johor Bahru Utara, dua kenderaan lain dan sebuah lori.
Ketua Polis Rembau, Hazri Mohamad, berkata siasatan lanjut masih dijalankan oleh pegawai penyiasat di lokasi kejadian.
“Daripada maklumat awal, kemalangan membabitkan sebuah van pasukan polis Johor Bahru Utara, sebuah lori dan dua kenderaan lain.
“Tujuh anggota polis mengalami kecederaan parah, manakala pemandu lori disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Semua mangsa dibawa ke hospital berdekatan,” katanya menurut Harian Metro.
Leave a Reply