Cemburu ada lelaki lain, bekas isteri ditetak di tepi jalan. Seorang lelaki di Indonesia bertindak menetak muka seorang wanita yang dipercayai bekas isterinya berkali-kali sehingga mangsa mengalami cedera parah.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun Kabar Negri di Instagram, memaparkan seorang lelaki dilihat berulang kali menetak seorang wanita dengan menggunakan senjata tajam. Kejadian berkenaan berlaku di Desa Dagang Kerawan, Wilayah Sumatera Utara, Indonesia. Suspek yang dikenali sebagai Sumarto telah menyerang mangsa, Dewi Dahliana ketika hendak pulang selepas selesai membeli barang.
Penduduk di kawasan berkenaan turut mendengar jeritan ketika mangsa diserang namun ketika cuba untuk menghampiri pelaku terbabit, lelaki berkenaan bertindak melarikan diri ke tengah sawah.
Turut baca :
- Kes bayaran palsu RM23 juta projek pangsapuri, 2 beradik direman
- Restoran dikecam teruk kenakan caj tambahan RM15 jika bawa bayi
Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Pesuruhjaya Polis Deli Serdang Kompol, I Kadek Heri Cahyadi, punca lelaki berkenaan melakukan sedemikian kerana bekas isterinya dikatakan menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.
Sebelum berpisah mangsa menjalinkan hubungan dengan lelaki lain. Disebabkan itu suspek sakit hati dan rasa cemburu.
Suspek positif dadah jenis shabu-shabu. Ini disahkan oleh keputusan ujian air kencing.
View this post on Instagram
Leave a Reply