Restoran dikecam teruk kenakan caj tambahan RM15 jika bawa bayi

Restoran dikecam teruk kenakan caj tambahan RM15 jika bawa bayi. Sebuah restoran yang menghidangkan makanan China di Crumbia, England menerima kecaman hebat apabila mengenakan bayaran tambahan sebanyak £3 (RM15.59) kepada pelanggan yang membawa anak kecil ketika makan secara bufet, lapor portal berita MailOnline semalam.

Restoran Panda Garden baru-baru ini mengumumkan tawaran bufet tanpa had berharga £9.90 (RM51.43) bagi seorang dewasa.

Namun, para pelanggan meluahkan rasa marah apabila mengetahui bahawa ibu bapa yang membawa bayi akan dikenakan bayaran tambahan.

“Kami membayar kos peluang untuk pelanggan menempah tempat duduk bayi di mana orang dewasa boleh duduk. Kami juga membayar untuk kakitangan membersihkan tempat duduk bayi yang bersepah selepas anak anda selesai makan.

“Oleh itu, caj £3 akan dikenakan. Kami meminta kerjasama anda untuk menghormati peraturan ini.

“Kami berharap siaran ini akan menjelaskan sebarang salah faham yang telah berlaku dan memberi penjelasan mengenai peraturan kami,” demikian menurut kenyataan daripada jurucakap restoran tersebut di laman Facebook.

Penjelasan tersebut bagaimanapun tidak meredakan situasi apabila pelanggan masih tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan ke atas anak mereka.

“Adakah anda juga mengenakan bayaran tambahan jika pelanggan dewasa menumpahkan air dan makan bersepah?” tulis seorang pengguna media sosial.

“Bayar £3 hanya untuk anak saya mendapat kerusi bayi adalah satu kegilaan. Saya tidak akan datang ke restoran ini,” komen seorang lagi.

Turut baca :

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*