Dua beradik direman tiga hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki terbabit kes pembayaran palsu bernilai lebih RM23 juta bagi sebuah projek pembinaan pangsapuri di Kuala Lumpur.
Sumber berkata, dua suspek lelaki yang merupakan bekas pengarah urusan sebuah syarikat pembangunan, kejuruteraan dan pembinaan terbabit ditahan di Ibu Pejabat SPRM, kira-kira 7 malam, semalam, ketika hadir memberi keterangan.
“Dua suspek berusia 60-an terbabit disyaki telah membuat pembayaran palsu dan curang kepada perunding, sub-kontraktor dan pihak-pihak ketiga.
“Mereka (suspek) disyaki menggunakan kemudahan perbankan ‘overdraf’ sebuah bank tempatan bernilai lebih RM23 juta antara 2017 hingga 2019 bagi projek pembinaan pangsapuri di Kuala Lumpur bernilai lebih RM350 juta sedangkan projek tersebut tidak dijalankan,” katanya.
Beliau berkata, permohonan reman bermula hari ini itu dibenarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas SPRM membuat permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi semalam.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Turut baca :
- {VIDEO} “Bimbang jadi mangsa…” Bekas Ketua Polis Negara gesa rakyat tidak bercuti ke Thailand
- SPRM digesa siasat ‘tangan tersembunyi’ dalam skandal LCS
Leave a Reply