Tergamak suami curah rendang panas atas kepala isteri, rupanya ini puncanya

Tergamak suami curah rendang panas atas kepala isteri, rupanya ini puncanya. Cuma nak luahkan perasaan yang tak tertanggung di hati. di kejadian semalam. Al-kisah husband balik dari kerja lebih kurang dalam pukul 6 petang.

Saya pula masak rendang di dapur. Masa husband sampai kat rumah saya perasan mukanya masam mencuka, difikiran saya maybe husband penat sangat kot bekerja. tapi setahu saya husband bukan kerja teruk pon. Oh ya.. husband baru 2 hari dapat kerja baru. kerani di bengkel besi.

Berbalik pada cerita saya tadi. Setelah siap masak, elok azan berkumandang saya pun baru nak hidangkan makanan atas meja. Suami pula bubuh nasi dalam pinggan kami semua. (saya dan anak2).. saya punya nasi dalam pinggan agak banyak suami bubuh.

Saya pon bagi tahu kat husband kata “banyak nasi nie”.. belum pun sempat saya nak cakap saya nak tukarkan pinggan nasi dia dengan saya, dengan muka ketat husbnd buat perangai, tukarkan pinggan nasi saya dengan anak saya yang no 2 (umur 4 thn)..

Pastu saya cakaplah “kenapa yang buat perangai macam nie”? tak semena-mena husband lempar jug yang penuh berisi air di atas meja jatuh ke bawah.

Saya tak faham perkara kecik je pon. Hanya saya cakap kata nasi dalam pinggan saya terlalu banyak, die boleh lempar jug air. Habis basah satu meja dan lantai. Nak mengadap rezeki kot.

Boleh pula die cari gaduh depan rezeki. Saya pon marah lah die buat perangai macam tu. Saya cakap die dah umur dekat 40 tapi perangai macam budak2 tak matang.

Paling menyedihkan suami terus amik kuali yang berisi rendang panas tadi lalu dicurahkan atas kepala saya yang sedang makan.

Di hadapan 3 orang anak saya di sebelah saya anak yg berumur 8 tahun Allahuakbar sungguh hati saya betul2 sedih. mak ayah saya sendiri pon tak pernah lakukan begitu pada saya..

Untuk pengetahuan semua, suami saya seorang yang panas baran.

Saya takut nak bercerai kerana fikirkan anak2 dan takut tak boleh nak move on tapi saya dah lama disiksa suami sendiri. Saya dah penat. penat sangat2. Hanya Allah sahaja yang tahu. Mintak bagi kata2 semangat buat saya. Saya isteri yang dizalimi.

Turut baca :

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*