Video cubaan culik kanak-kanak di Genting Highlands tular

Video cubaan culik kanak-kanak di Genting Highlands tular. Polis Bentong dalam kenyataannya pada Selasa memaklumkan telah menerima laporan berhubung kes cubaan dua orang wanita bukan warganegara menculik seorang kanak-kanak di Taman Tema Genting Highlands.

Ketuanya, Superitendan Zaiham Bin Mohd Kahar berkata, laporan itu dibuat oleh pihak keselamatan tempat berkenaan pada Isnin.

Bagaimanapun, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan daripada pihak terlibat dan akan cuba menghubungi pemilik akaun Tiktok yang menyebarkan video tersebut bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaklumkan bahawa seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik dua orang wanita warga asing.

Menurut pemilik akaun, kanak-kanak berkenaan telah ditarik masuk ke dalam sari, namun mujur penjaganya sempat menyedari hal itu dan terus membawa perkara itu kepada pihak pengurusan untuk tindakan selanjutnya.

Turut baca :

Video cubaan culik kanak-kanak di Genting Highlands tular

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*