Isu culik agen kosmetik : Minta wang tebusan jutaan ringgit? Keluarga Azi tampil jelas hal sebenar

Isu culik agen kosmetik : Minta wang tebusan jutaan ringgit? Keluarga Azi tampil jelas hal sebenar. Sehingga kini kami tidak menerima sebarang panggilan yang meminta wang tebusan berhubung penculikan Azi,” kata ahli keluarga ejen jualan kosmetik yang dilarikan sekumpulan penjenayah, Rosnazirah Mohd Naim, minggu lalu.

Ahli keluarga wanita berusia 36 tahun itu berkata, setiap kali menerima panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali, mereka sekeluarga akan berdebar kerana menjangkakan bakal mengetahui berita mengenai Azi.

“Setakat ini kami tidak menerima apa-apa panggilan mengenai wang tebusan sama ada RM1 juta atau RM10 juta sekalipun. “Jika benar ada terima (panggilan), sudah pasti pihak polis yang pertama diberitahu namun sehingga kini bukan saja meminta wang tebusan, panggilan telefon memberitahu di mana Azi berada juga langsung tidak diterima,” katanya.

Turut baca :

Ahli keluarga itu berkata, jika menerima panggilan yang meminta wang tebusan mencecah jutaan ringgit sekalipun, pihaknya tidak dapat menyediakannya kerana nilai itu melebihi kemampuan mereka. Katanya, hidup mereka kini dalam ketakutan selagi tidak selesai kes itu dan sentiasa rasa terancam lebih-lebih lagi apabila melihat kereta yang tidak dikenali di hadapan rumah.

“Kami sekeluarga sudah lama tidak keluar rumah dan ada juga yang tidak ke tempat kerja kerana berasa takut akan keselamatan selain trauma dengan kejadian yang menimpa Azi. “Jika kelihatan mana-mana kenderaan yang tidak dikenali dilihat di luar rumah, kami segera mencatat nombor pendaftaran dan menyerahkan kepada pihak berkuasa sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*