“Tak pelu manja sepanjang masa…” Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah kongsi 10 cara pikat hati suami. Pelbagai cara digunakan untuk memikat hati pasangan masing-masing, terutama milik kekasih halal seperti suami tercinta. Malah, terdapat segelintir isteri mengeluarkan ‘senjata tajam’ mereka iaitu menggunakan kemanjaan untuk memikat.
Tidak salah untuk bermanja namun janganlah sentiasa, khuatir lebih kepada mengada-ngada dan pasangan berasa rimas pula. Menurut Dato’ Doktor Fadzilah Kamsah, wanita solehah tidak perlu menjadi manja sepanjang masa. Hanya cukup melakukan 10 perkara ini untuk menambat hati suami.
Isteri solehah tak perlu manja sepanjang masa, cukup lakukan 10 hal ini untuk pikat hati suami.
INI 10 CARA MEMIKAT HATI SUAMI:
1. TEMANI SUAMI MAKAN
Temankan suami makan walaupun kamu sudah makan. Ramai suami rasa terbiar dan bersendirian selalu. Amalkan makan bersama suami sambil kamu sendiri boleh lihat dia menikmati juadah dari air tanganmu sendiri.
2. BERIKAN SENTUHAN LEMBUT & BICARA MANIS
Pandang suami dengan lemah lembut, senyum, kata yang manis, sentuh dengan mesra dan peluk dia semasa pergi dan pulang kerja.
3. RAWAT KESAKITAN SUAMI DENGAN KASIH SAYANG
Rawat suami dengan penuh kasih sayang semasa dia sakit. Sentuhan dan kata-kata manis mampu bertindak sebagai penawar yang mujarab.
4. MENGALAH PADA PERKARA HARUS
Mengalahlah pada suami bagi perkara yang harus. Suami kadangkala rasa kecewa kalau kamu terlalu lantang atau melawan katanya.
5. TUTUP AURAT SEMPURNA DARI AJNABI
Tutup diri kamu daripada sebarang lelaki lain. Pastikan menutup aurat dengan sempurna dan jaga batas perbualan dengan bijaksana.
6. UCAP TERIMA KASIH WALAU SEKECIL PERKARA
Berterima kasihlah dengan suami walaupun hal sekecil-kecilnya.
7. ELAK KHIANAT & SABOTAJ SUAMI
Ramai penghuni neraka adalah dari wanita yang menyumpah seranah dan tidak bersyukur kepada suami mereka. Elak daripada khianat atau sabotaj suami.
8. SOLAT TAHAJUD BERSAMA
Kejutkan suami untuk solat tahajud dan isteri juga turut melakukannya bersama-sama. Ia adalah amalan yang dapat mengharmonikan rumahtangga serta menerangkan kubur.
9. KEKALKAN SIFAT MALU
Kekalkan sifat malu dalam diri wanita. Wanita yang hilang sifat ini adalah mereka yang hilang martabat dan maruah diri.
10. BERI SUAMI BERNAFAS BILA PULANG KERJA
Bila suami pulang kerja, beri dia rehat 30 minit. Usah terus menerus terjahnya dengan pelbagai soalan. Bawakan air dan beri urutan untuk dirinya tenang dan berehat.
Semoga catatan dan pesan Tok Abah ini, para isteri ambil perhatian dan jalankan tanggungjawab kalian sebaiknya ya. Selamat malam semua.
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Tak perlu manja, yang penting solehah.
Leave a Reply