{VIDEO} “Padahal jauh lagi…” Kereta depan brek mengejut, wanita bengang dituduh langgar belakang

“Padahal jauh lagi…” Kereta depan brek mengejut, wanita bengang dituduh langgar belakang.  Walau di mana sahaja anda berada, adab merupakan antara perkara utama yang akan dinilai.

Itu termasuklah ketika berada di lebuhraya dengan cara sentiasa melatih diri menjadi individu yang berhemah dan bertolak ansur dalam apa jua situasi yang mana sekaligus dapat mengelakkan kejadian lebih buruk seperti kemalangan, pergaduhan dan lain-lain.

Mengambil pendekatan itu, mungkin dapat kita lihat menerusi perkongsian nanmanjoi8715 di laman Twitter yang menyaksikan babak pertelingkahan antara dua buah pemilik kereta.

Dalam paparan tersebut, kelihatan sebuah kereta jenis Nissan Grand Livina tiba-tiba memberhentikan kenderaannya di laluan pejalan kaki selepas lampu isyarat bertukar warna hijau.

Tindakannya itu sekaligus menyebabkan berlakunya kesesakan trafik kerana telah menghalang pergerakan kenderaan yang lain.

Tidak lama kemudian, keluar daripada kereta itu seorang wanita Cina berambut pendek melihat bonet belakangnya dan menghampiri kereta di belakang untuk bertanyakan sama ada kereta mereka saling berlanggar atau tidak.

Bukan itu sahaja, wanita berkenaan juga berulang kali mengingatkan untuk sentiasa berhati-hati selain memberitahu bahawa dia brek mengejut disebabkan kereta di hadapannya tiba-tiba berhenti.

Pun begitu, jika diamati telah berlaku salah faham sedikit antara mereka apabila wanita yang berada di kereta belakang sepertinya tidak berpuas hati, seolah-olah merasakan dirinya dituduh melanggar kereta hadapan.

Namun, apa yang dapat diteliti wanita Cina itu lebih kepada ingin bertanya keadaan mereka memandangkan dia terpaksa brek mengejut disebabkan kereta di hadapannya dan bimbang jika kejadian itu menyebabkan pihak di belakang turut menjadi mangsa.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*