Tak putus asa tuntut hak, 3 Veteran ATM jalan kaki redah hujan dari Ipoh ke Putrajaya

Sekitar pertengahan tahun ini, segelintir veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah berhimpun di Tugu Negara Kuala Lumpur untuk memperjuangkan serta menuntut hak kebajikan mereka yang dikenali ‘hak kumpulan pesara’ seperti yang dijanjikan sejak lapan tahun lepas.

Antara tuntutan yang dibuat adalah mengenai penyelarasan pencen, pemberian pencen kepada veteran yang belum menerimanya dan membuka ruang untuk beri pengampunan kepada pesara ATM supaya dapat menerima pencen serta diiktiraf sebagai veteran.

Ternyata semangat juang yang tinggi veteran itu masih lagi utuh dan tak luntur walaupun tahun berganti tahun selepas tular di Twitter perkongsian yang memaparkan tiga orang bekas tentera termasuk seorang wanita berjalan kaki memulakan perjalanan dari Ipoh sejak minggu lalu untuk ke Putrajaya pada 8 pagi tadi.

Perjalanan mereka itu juga ditemani bendera Jalur Gemilang dipercayai sebagai usaha tekad untuk menghantar memorandum yang memperjuangkan nasib veteran-veteran di negara kita kepada Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob kerana dipercayai masih belum mendapat hak yang sepatutnya.

Mereka betul-betul bersemangat sampaikan sanggup redah hujan. Semoga perjalanan pergi dan balik mereka dimudahkan.

Misi berjalan kaki yang dibuat oleh Mejar (B) Shahrulniza Tarmiji, 51, Mohd Yusoff Abd Rani, 56, dan R Vasanthi, 61, itu bagaimanapun memberitahu bahawa mereka selamat tiba di ‘check point’ sebelum 7 malam semalam kerana tidak akan sambung berjalan pada waktu malam atas sebab keselamatan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*