“Abang kena kuat…” Nangis ketika buat kerja sekolah, luahan budak lelaki buat ramai menitis air mata. Betapa luluhnya hati seorang nenek apabila cucunya tiba-tiba meluahkan bahawa dia rindu akan arwah bapanya ketika sedang membuat tugasan sekolah.
Detik menyentuh hati itu ada dimuat naik oleh neklieza di laman Tiktok yang mana telah membuatkan netizen ikut menitiskan air mata mengenangkan nasib budak lelaki berkenaan.
Dalam paparan tersebut, kelihatan budak itu nangis teresak-esak sambil menyeka air matanya ketika ditanya punca yang menyebabkan dia gagal menahan kesedihannya.
- Turut baca : {VIDEO} Agen kosmetik dilarikan 3 lelaki, penduduk dakwa nampak dibawa naik bot ke negara jiran
Dedah neklieza, cucunya bernama Danish itu sedih ketika menyiapkan kerja sekolah kerana memerlukan dia menulis perkataan ‘Bapa Saya’ sepertimana yang diarahkan oleh guru.
Menurutnya, Danish telah kehilangan ayahnya Ogos tahun lalu, namun tidak memperincikan asbab kematiannya.
Tak dinafikan ramai akui sedih melihat keadaan budak itu selain berharap agar dia menjadi seorang anak yang kuat dan tabah, meski tanpa ayah di sisi.
Leave a Reply