Bercakap terlalu kuat punca lelaki parah ditikam. Hanya kerana bising pada waktu malam, seorang lelaki cedera parah gara-gara ditikam individu tidak dikenali di kawasan pantai di Thailand.
Difahamkan, mangsa dikenali sebagai Narintorn sedang bersantai di tepi pantai bersama rakan-rakannya sebelum seorang lelaki keluar dari khemah lalu menyuruhnya untuk bercakap dengan lebih perlahan.
Berang dengan teguran terbabit, Narintorn kemudiannya meminta lelaki berkenaan untuk tidak masuk campur dalam urusannya.
Tidak lama selepas itu, individu terbabit bertindak mengeluarkan pisau lalu menikam mangsa pada bahagian dada sebelum melarikan diri.
Pasukan keselamatan dan paramedik bergegaskan ke lokasi kejadian dan menemui Narintorn dalam keadaan berlumurah darah sebelum dikejarkan ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.
- Turut baca : {VIDEO} “Sejam tunggu…” Wanita naik angin, baling botol kaca waktu ‘rider’ tanya bila nak siap
Sementara itu, pihak polis masih menyiasat kes terbabit dan mengesan di mana keberadaan suspek pada ketika ini. Kejadian berkenaan bukan kali pertama berlaku melibatkan pergaduhan disebabkan bunyi bising di Thailand.
Malah, pada Julai lalu, seorang lelaki didakwa menembak mati anak tirinya hanya kerana memasang muzik terlalu kuat.
Leave a Reply