{VIDEO} “Sejam tunggu…” Wanita naik angin, baling botol kaca waktu ‘rider’ tanya bila nak siap

“Sejam tunggu…” Wanita naik angin, baling botol kaca waktu ‘rider’ tanya bila nak siap.  Kekurangan tenaga kerja antara punca menyebabkan banyak premis di luar sana gagal menyiapkan pesanan tepat pada waktunya.

Namun, sebagai seorang pelanggan ataupun ‘rider’ janganlah pula terlalu mendesak mereka untuk mempercepatkan servis kerana tidak semua orang mampu berbuat demikian dan mungkin hasilnya nanti kurang memuaskan.

Mengambil pendekatan dari video yang dimuat naik oleh Malaysia Update, dapat kita saksikan ‘pertelingkahan’ yang berlaku melibatkan seorang wanita yang dipercayai pembantu tukang masak dengan pelanggannya yang dipercayai seorang ‘rider’.

Dalam paparan itu, wanita berkenaan mengamuk apabila ditanya oleh ‘rider’ berkenaan pesanannya yang belum siap sejak 50 minit yang lalu.

Lebih mengejutkan, dia bertindak membaling botol kaca ke arah ‘rider’ tadi sebagai tanda ingin lepas geram, namun mujur sempat dielak.

Walau bagaimanapun, netizen tetap berpihak kepada ‘rider’ berkenaan kerana berpendapat bahawa 50 minit itu terlalu lama untuk tukang masak menyiapkan makanan.

Selain itu, mereka juga ada menegur sikap wanita berkenaan yang sepatutnya perlu tenang dan menjaga adab selama mana pelanggan tidak bertindak melampaui batas.

Adapun begitu, adalah seeloknya orang ramai tidak mencemuh atau mengkritik mana-mana pihak kerana kita tidak tahu kisah sebenar di sebalik video tular.

Malah, sorotan yang dikongsi juga tidak penuh.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*