“Staf ‘carwash’ mata duitan…” Wanita tercengang tengok staf ‘carwash’ bagi kereta Singapura masuk. Seorang wanita meluahkan betapa terkilannya dia sewaktu ingin mencuci kereta di sebuah kedai yang beroperasi 24 jam di kawasannya yang dipercayai berada di Johor Bharu.
Demikian susulan mengenangkan cara layanan pekerjanya yang dianggap tidak beradab.
Menurut pemilik akaun, ketika tiba di kedai cuci kereta berkenaan, jam menunjukkan pukul 11 lebih dan dari jauh pekerjanya menjerit memberitahu bahawa kedai dah menamatkan operasi (tutup).
Adapun begitu, ketika jam beranjak ke pukul 12 lebih, dia melihat sebuah kereta bernombor pendaftaran Singapura masuk ke dalam kedai cuci kereta tadi tanpa sebarang bantahan dari staf kedai berkenaan.
- Turut baca : {VIDEO} “Bahana parkir ‘double park’…” Pemilik Viva undang ‘bala’, cermin sisi dipecah orang awam
Pun begitu, dia enggan berbalah cuma akui pelik dengan layanan mereka yang tergamak berbuat demikian, walhal boleh maklumkan dari awal jika kedai itu hanya menerima kenderaan bernombor pandaftaran Singapura sahaja dan tidak perlu menengking.
Ada pula beberapa individu berkongsi pengalaman mereka sewaktu ingin berurusan di kedai cuci kereta itu.
Melihat servis sebegitu membuatkan netizen beranggapan mereka hanya mengalukan kedatangan golongan kayangan dan berduit sahaja ke kedai cucinya.
Leave a Reply