{VIDEO} “Budak yang baik…” Rakan sekelas suap kawan istimewa makan dipuji netizen

“Budak yang baik…” Rakan sekelas suap kawan istimewa makan dipuji netizen.  Sikap anak-anak merupakan cerminan bagaimana ibu bapa mendidik mereka. Sebagai ibu bapa sudah tentunya kita mahu yang terbaik dan sentiasa menerapkan unsur-unsur positif dalam diri si kecil.

Antara sifat perlu diterapkan dalam diri seorang anak sudah tentunya menghormati antara satu sama lain serta rajin menolong orang dalam kesusahan.

Sikap anak-anak merupakan cerminan bagaimana ibu bapa mendidik mereka. Sebagai ibu bapa sudah tentunya kita mahu yang terbaik dan sentiasa menerapkan unsur-unsur positif dalam diri si kecil.

Antara sifat perlu diterapkan dalam diri seorang anak sudah tentunya menghormati antara satu sama lain serta rajin menolong orang dalam kesusahan.

Hal ini sama seperti perkongsian satu video di aplikasi TikTok dimuat naik oleh @edwinpiusentak memaparkan sikap si anak kecil yang membantu rakannya ketika waktu rehat di sekolah. (VIDEO DIBAWAH)

Menerusi rakaman berdurasi kurang satu minit itu, kelihatan dua orang pelajar lelaki sedang makan di dalam kelas. Seorang pelajar menemani rakan kelainan upaya sedang makan dan tanpa disuruh, dia menyuap rakannya itu makanan seakan-akan bubur.

Pelajar berkenaan tersenyum melihat kamera apabila dia tersedar dirinya sedang dirakam dan video tersebut sudah tentunya menerima ribuan tontonan serta dibanjiri komen warganet yang menyifatkan didikan ibu bapa kanak-kanak tersebut berjaya melahirkan insan yang berperikemanusiaan dan berhati mulia.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*