{VIDEO} “Alang-alang single baik saya rembat dulu…” Dulu ayah angkat, sekarang bergelar suami

“Alang-alang single baik saya rembat dulu…” Dulu ayah angkat, sekarang bergelar suami. Betullah apa orang kata, kalau dah jodoh tak kemana. Jika dah ditakdirkan bersama, tiada apa yang dapat menghalang dua hati daripada bersatu. Begitulah kisah pasangan suami isteri ini, walaupun jarak umur 21 tahun, namun usia bukan penghalang bagi mereka untuk membina mahligai bersama hingga ke syurga.

Menerusi beberapa video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok dikenali sebagai Amira Hanim, berkongsi kisah percintaannya. Siapa sangka lelaki yang dahulunya dia anggap sebagai ayah angkat, kini menjadi suami yang sah kepadanya.

Benarlah kata orang kalau dah jodoh tak kan. Tak salahkan mencuba tup-tup jadi jodoh aku.

Difahamkan, wanita berusia 25 tahun ini menganggap lelaki berkenaan sebagai ayah angkat ketika bekerja di tempat yang sama sejak tahun lalu. Namun, dia mengakui bahawa perasaan cinta mula berputik terhadap duda berusia 46 tahun itu yang sama umur dengan bapa kandungnya.

Dulu sama tempat kerja sebab dia sama umur dengan ayah saya. Saya buat ayah angkat eh tersuka pula. suami dulu duda dah 9 tahun. Alang-alang dia single saya cucuk jarum lah.

Akhirnya, jodoh semakin kuat dan mereka selamat bernikah pada pertengahan Ogos lalu dengan dua kali lafaz.

Dua kali jugak lah lafaz tapi alhamudillah semuanya berjalan lancar. Tok kadi dari nak start mula majlis sampai kesudah asyik buat lawak. Aku tahan gelak je.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*