{VIDEO} “Mereka dahagakan kemudahan awam…” Anak-anak orang Asli berebut tolong pekerja angkat simen

“Mereka dahagakan kemudahan awam…” Anak-anak orang Asli berebut tolong pekerja angkat simen. Semua sedia tahu bahawa kawasan pedalaman sering ketinggalan dalam arus kemodenan, baik dari segi kemudahan teknologi ataupun infrastruktur.

Lebih menyedihkan, segala aduan yang dilakukan memakan waktu yang sangat lama untuk diproses sehingga akhirnya ada yang beranggapan mereka dianak tirikan.

Melihat perkongsian mr_jointer di Tiktok, dapat kita saksikan betapa gembiranya anak-anak Orang Asli di kawasan pedalaman apabila mendapati jalan di kawasan mereka akan dinaik taraf.

Mungkin tidak semua kawasan bertuah, namun tindakan itu cukup bermakna buat mereka yang berdepan kesukaran menempuh laluan yang berlopak dan kotor apabila tibanya musim hujan.

Bagaimanapun, apa yang membuatkan ramai mengagumi anak-anak itu, bilamana melihat mereka seronok membantu pekerja mengangkat simen bersama-sama.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*