Konspirasi Ratu Elizabeth keturunan Nabi Muhammad jadi bualan, Ustaz perbetul fahaman orang ramai. Menerusi sumber yang diperoleh dari portal Vocket, ketika itu penulis salasilah keluarga ratu, Harold B. Brooks-Baker, penerbit Burke’s Peerage, panduan Britain kepada golongan bangsawan telah mengeluarkan dakwaan ini.
Teori Brooks-Baker ini muncul apabila dia menghubungkan Ratu Elizabeth dan Nabi Muhammad melalui Zaida dari Seville, seorang puteri Islam dari abad ke-11 yang memeluk agama Kristian dan menjadi gundik kepada Raja Alfonso VI. Bagaimanapun, tidak jelas sama ada Zaida sebenarnya ada kaitan dengan Muhammad atau tidak.
Abdelhamid Al-Aouni, ahli sejarah yang menulis artikel untuk Al-Ousboue, turut berpegang kepada teori bahawa Ratu Elizabeth, Zaida dan Nabi Muhammad ada hubungannya.
Dakwaan ini turut disambut baik oleh orang-orang seperti Ali Gomaa, seorang ulama Islam dan Mufti Besar Mesir ke-18. Dia mencatatkan hubungan itu dan mendoakan Elizabeth rahmat dan keamanan.
- Turut baca : Ratu Elizabeth II mangkat di usia 96 tahun
Menerusi sumber yang diperoleh dari portal Vocket, ketika itu penulis salasilah keluarga ratu, Harold B. Brooks-Baker, penerbit Burke’s Peerage, panduan Britain kepada golongan bangsawan telah mengeluarkan dakwaan ini.
Teori Brooks-Baker ini muncul apabila dia menghubungkan Ratu Elizabeth dan Nabi Muhammad melalui Zaida dari Seville, seorang puteri Islam dari abad ke-11 yang memeluk agama Kristian dan menjadi gundik kepada Raja Alfonso VI. Bagaimanapun, tidak jelas sama ada Zaida sebenarnya ada kaitan dengan Muhammad atau tidak.
- Turut baca : {VIDEO} “Tak hirau bunyi hon…” Pemandu Myvi keras kepala berhenti tepi sesuka hati buat ramai tertekan
Abdelhamid Al-Aouni, ahli sejarah yang menulis artikel untuk Al-Ousboue, turut berpegang kepada teori bahawa Ratu Elizabeth, Zaida dan Nabi Muhammad ada hubungannya.
Dakwaan ini turut disambut baik oleh orang-orang seperti Ali Gomaa, seorang ulama Islam dan Mufti Besar Mesir ke-18. Dia mencatatkan hubungan itu dan mendoakan Elizabeth rahmat dan keamanan.
Walau bagaimanapun, seorang ustaz bernama Abu Maryam Nazri ada menulis dalam satu hantarannya di Facebook mengatakan bahawa poster salasilah yang tular adalah palsu.
Ujarnya, cukup kita sebagai orang Islam memberi penghormatan dan takziah atas kematian Queen Elizabeth II, tidak lebih dari itu.
“Kita tidak memerlukan mana-mana tokoh untuk menzahirkan kemuliaan Islam, apatah lagi tokoh yang kematiannya dizahirkan sebagai seorang yang tak menerima Allah sebagai Tuhan yang Esa.”
Leave a Reply