Trauma dengan peristiwa lalu, Aqish dan ibu dibawa ke pusat psikitari

Trauma dengan peristiwa lalu, Aqish dan ibu dibawa ke pusat psikitari. Lantaran pendedahan yang dibuat, sumber memaklumkan bahawa Puteri Balqis (Aqish) dan ibunya, Norasihikin Mohd Aziz telah dibawa berjumpa dengan pakar psikiatri di Kuala Lumpur, semalam.

Difahamkan, kedua-dua mereka bermalam di wad hospital berkenaan bagi menjalani rawatan.

Sementara itu, hasil laporan kesihatan pula mendapati masing-masing disahkan mengalami gangguan dan tekanan selepas trauma atau PTSD.

“Selepas laporan polis dibuat atas nasihat peguam, Aqish dan ibunya dibawa ke hospital untuk berjumpa pakat psikiatri.”

“Tujuannya adalah untuk membuktikan apa yang dikatakan oleh Aqish itu benar dan penderaan mental yang dialaminya juga benar-benar berlaku.”

“Kita pun tidak mahu orang menuduh dia meraih simpati atau mereka-reka cerita. Jadi, dia ke hospital bersama dengan polis.” -Sumber.

Terdahulu, pelakon remaja itu mengejutkan peminat dan seluruh industri hiburan apabila membuat pendedahan pernah menjadi mangsa cabul bapanya menerusi satu program temu bual.

Bagaimanapun, bapanya menafikan dakwaan tersebut dengan membuat satu laporan polis.

Selang beberapa hari kemudian, anaknya pula membuat laporan berhubuns kes berkenaan dan kini kes berada dalam siasatan.

Trauma dengan peristiwa lalu, Aqish dan ibu dibawa ke pusat psikitari

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*