“Ramai musykil…” Penjara nafi Najib tiada dalam penjara, netizen cadang kali ni tunjuk bukti sekali. Tular lagi dakwaan memaklumkan bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiada dalam tahanan bagi menjalani hukuman yang diperuntukkan ke atasnya beberapa minggu lalu.
Rentetan perkara itu, Jabatan Penjara Malaysia bagaimanapun tetap menafikan dakwaan berkenaan sekaligus meminta orang ramai henti sebar maklumat tidak sahih.
Menerusi gambar tangkap layar yang tular, Najib didakwa ditempat di sebuah rumah pegawai kanan Penjara Kajang yang terletak dalam kawasan penjara terbabit.
Disebabkan isu berkenaan ‘naik’ semula, ramai mulai meragui akan keberadaan bekas Perdana Menteri itu sehingga mereka meminta bukti mengatakan Najib ada di dalam tahanan.
Hal itu sekaligus bagi menjawab segala persoalan ramai kerana dakwaan sebegitu bukan pertama kali terjadi.
Leave a Reply