{VIDEO} “Buat buruk nama rider je…” Netizen kecam ‘rider’ sepak cermin sisi ‘Porsche’

“Buat buruk nama rider je…” Netizen kecam ‘rider’ sepak cermin sisi ‘Porsche’.  Tindakan berani seorang ‘rider’ mengundang kritikan daripada netizen apabila dia dengan selambanya menyepak cermin sisi sebuah kereta mewah jenama Porsche.

Menerusi sorotan yang dikongsi oleh Ikhwan Saupi, menyaksikan detik bilamana kereta mewah tersebut cuba untuk menukar laluan.

Meskipun dia telah memasang ‘signal’ lebih awal, namun kesesakan lalu lintas ketika itu membuatkan pemandu kereta berkenaan mengalami kesukaran tetapi masih berhati-hati sebelum menukar lorong.

Lebih malang, cermin sisinya disepak pula oleh ‘rider’ berhati kering yang berada di celah laluan kereta tanpa rasa bersalah.

Bagaimanapun, rata-rata netizen berpihak kepada pemilik Porsche yang dilihat telah menjadi mangsa keadaan.

Dalam waktu sama, mereka turut meminta agar ‘rider’ terbabit mulai risau dengan nasib sendiri sekiranya pemilik kenderaan itu membuat laporan berhubung insiden yang menimpanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*