“Kenapa beritahu sekarang…” Malu ditegur suami belum mandi wajib, isteri terpaksa batal solat. Usik mengusik dalam rumah tangga sudah menjadi kebiasaan buat suami isteri bagi menyuburkan lagi benih-benih cinta mereka.
Namun, jangan pula ada yang sinis dan hairan apabila mereka memuat naik adegan tersebut di dalam media sosial kerana tiada yang mustahil dalam dunia serba canggih ini.
Berkongsi situasi sama, seorang lelaki ada memuat naik rakaman ketika dia menegur sang isteri yang pada ketika itu sedang duduk tahiyyat akhir.
Adapun begitu, isterinya terpaksa membatalkan solat selepas ditegur gara-gara terlupa untuk mandi wajib sebelum mendirikan solat subuh pada pagi itu.
Turut baca :
- ‘Tergamak’ ibu tinggal anak OKU sendirian sehingga terjun apartmen
- “Simpan sikit perangai kampung tu…” Netizen ‘sembur’ keluarga berkelah di ‘airport’
Wanita yang memakai telekung merah jambu itu kemudian bergegas bangun daripada sejadah dan sempat memukul manja suaminya sebelum keluar dari bilik.
Pun begitu, apa yang mencuri perhatian netizen bilamana melihat reaksi wanita berkenaan sekaligus mendedahkan bahawa ramai pernah berdepan situasi sama.
Leave a Reply