“Simpan sikit perangai kampung tu…” Netizen ‘sembur’ keluarga berkelah di ‘airport’. Bukan tak boleh, tapi tindakan sebuah keluarga ‘berkelah’ di pusat lapangan terbang dianggap melampau sehingga netizen meminta mereka tidak terbawa-bawa budaya kampung datang ke bandar.
Menerusi video yang dimuat naik semula oleh @arfdy12, memaparkan gelagat keluarga itu santai duduk bersila di ruang menunggu sambil menikmati bekalan yang dibawa dari rumah.
Bagaimanapun, juadah yang dibawa bukan di dalam bekas kecil atau mangkuk tingkat tetapi menggunakan bekas makanan bersaiz besar dan turut dibawa bersama periuk nasi.
Ramai menyelar tindakan mereka berbuat demikian kerana terlalu berlebihan dan akui malu dengan cara pemikiran mereka yang ‘asal boleh’.
Turut baca :
Leave a Reply