“Saya tak tahu buat…” Aksi ‘Mini Love’ cuit hati netizen, budak lelaki buat video mohon maaf. Gara-gara kesilapan membuat ‘mini love’ sewaktu perbarisan, seorang budak lelaki menjadi perhatian dan bualan ramai.
Bukan itu sahaja, video berkenaan juga telahpun tular di setiap platform sosial media.
Lantaran dari peristiwa tersebut, budak lelaki terbabit kemudiannya tampil dalam satu video mengakui kesilapannya berbuat demikian.
Dia tak tahu buat minilove tu. Sedih dah wawa. Dia cakap taknak pergi sekolah dah esok sebab malu. pic.twitter.com/yuKCvOb0AI
— syirasshi (@iraskywalker94) August 31, 2022
Selain itu, dia turut memaklumkan bahawa kejadian tidur di dalam bot penyelamat bomba sewaktu perbarisan pula kerana terlampau penat.
Sebelum ini, tular sebuah video menyaksikan gelagat seorang budak lelaki berpakaian seragam bomba menunjukkan jari tengah sewaktu perarakan.
- Turut baca : {VIDEO} “Sangat keterlaluan…” Kemaskini kad, bank tetap suruh mak lumpuh datang untuk berurusan
Perbuatannya bukan sahaja mengejutkan pengunjung, malah anggota yang berada di situ juga terkedu dan dia segera membetulkan semula jemari kanak-kanak itu yang sebenarnya sedang berusaha membuat ‘mini love’.
Leave a Reply