“Sesuka hati je…” Marah tapak niaga ‘dirembat’, peniaga letak bakul sayur pada kereta tanda protes. Gara-gara tapak jualannya dijadikan tempat letak kenderaan, seorang peniaga bertindak meletakkan bakul jualan sayurnya di atas kereta di situ tanda protes.
Menerusi sorotan yang tular, peniaga berbangsa Cina itu geram apabila tapak jualannya dihuni oleh sebuah kereta jenis Perodua Bezza.
- Turut baca : Apa sudah jadi? Pertandingan bina badan wanita ‘separuh bogel’ di Kedah jadi kontroversi hangat
Bagaimanapun, tindakannya berbuat demikian diselar warganet apabila rata-ratanya memihak kepada pemilik kenderaan berkenaan.
Itu kerana menurut mereka, tidak semua orang tahu bahawa lokasi tersebut merupakan tapak niaga, lebih-lebih lagi bagi penduduk baru berpindah.
- Turut baca : Warga emas maut diberi minum cecair pencuci pinggan
Leave a Reply