Tular di media sosial akan video seorang lelaki dipercayai membaling batu dan merosakkan kereta di sebuah kawasan parkir di Bandar Baru Sentul.
Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok Hanzo1119 memaparkan tindakan lelaki berkenaan yang berkali-kali membaling batu pada sebuah kereta berwarna hitam.
Video berdurasi satu minit dan 25 saat itu juga memaparkan lelaki berkenaan turut menendang dan mematahkan ‘wiper’ kenderaan tersebut.
Difahamkan, lelaki berkenaan bertindak sedemikian disebabkan kereta tersebut parkir menyenget sehingga memasuki petak sebelah.
Rata-rata bersimpati nasib pemilik kereta berkenaan. Bahkan mereka juga berpendapat meskipun marah namun tindakan merosakkan harta benda orang tetap salah di sisi undang-undang.
Turut baca
- Pindah milik tanah RM100 juta, 4 Datuk ditahan
- ‘Lelaki misteri’ kecoh diluar mahkamah, ini penjelasan polis
Leave a Reply