Disondol van polis, peniaga pelik dirinya pula kena saman

Disondol van polis, peniaga pelik dirinya pula kena saman.  Seorang pemilik akaun Twitter, @itslyzaa_ ada memuat naik satu hantaran di platform berkenaan yang mana dia meluah rasa hairan terhadap tindakan anggota polis mengenakan saman ke atas abangnya.

Menerusi ciapan tersebut, difahamkan abangnya telah terlibat dalam satu kemalangan bilamana sebuah van polis telah merempuhnya dengan kuat dari arah belakang.

Menceritakan lanjut detik kejadian, abangnya yang juga merupakan pemilik kenderaan jenis Ford Ranger telah memperlahankan keretanya serta membuka ‘signal’ untuk menyeberang.

Namun, tinggal beberapa meter sebelum tiba di garisan putus, berlaku dentuman kuat dari arah belakang sehingga Ford Ranger tadi hilang kawalan dan memasuki laluan sebelah kanan.

Disondol van polis, peniaga pelik dirinya pula kena saman

Disondol van polis, peniaga pelik dirinya pula kena saman

Bagaimanapun, terdapat sedikit kekeliruan terhadap insiden itu bilamana anggota polis sebaliknya mengeluarkan saman ke atas abangnya pula atas kesalahan meletakkan kenderaan dalam bahaya.

Turut baca :

Lebih membuat gadis itu marah apabila anggota polis berpangkat Sarjan ketika ditemui di balai polis Temerloh berkeras enggan melihat rakaman dashcam dari kereta abangnya.

Beliau sebaliknya meminta pihak abangnya mencari peguam untuk lawan kes tersebut di mahkamah.

Disondol van polis, peniaga pelik dirinya pula kena saman

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*