Lelaki langgar kereta, samun wanita diburu

Lelaki langgar kereta, samun wanita diburu.  Polis memburu seorang lelaki selepas didakwa terlibat kejadian langgar dan samun di Lorong Stampin, Kuching, hari ini.

Ketua Polis Kuching, Ahsmon Bajah, berkata kejadian berlaku apabila suspek melanggar belakang kenderaan dipandu mangsa sebelum melakukan samun.

Katanya, susulan itu polis membuka tiga kertas siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

“Hari ini, polis mengesan satu rakaman video tular berdurasi 27 saat yang dimuat naik di media sosial dengan memaparkan seorang wanita diragut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, gerakan memburu suspek giat dijalankan dan sehingga kini belum ada tangkapan dibuat.

“Polis mengalu-alukan kerjasama orang awam menyalurkan maklumat berkenaan kejadian itu,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial seorang lelaki yang juga penunggang motosikal dipercayai merempuh kereta dipandu seorang wanita.

Suspek dilihat berhenti di hadapan kereta mangsa sebelum menghampirinya konon untuk memeriksa kenderaan dilanggar.

Bagaimanapun, suspek merampas beg tangan lalu melarikan diri. Mangsa cuba mengejar namun gagal.

Turut baca

Lelaki langgar kereta, samun wanita diburu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*