{VIDEO} “Semakin mengarut…” Ramai kecewa lihat baju tradisional jadi mainan

Umum tahu bahawa ketika ini sedang berlangsungnya KL Fashion Week 2022 (KLFW) yang bertempat di pusat beli belah Pavilion Kuala Lumpur.

Sejak hari pertama sehingga semalam, pelbagai rekaan hasil dari pereka fesyen terkenal tampil dengan karya-karya yang memukau ramai.

Bagaimanapun, rekaan dari pereka fesyen Khai Kel Wen dari Behati semalam menjadi perhatian ramai.

Dalam video yang dimuat naik di TikTok Eh Malaysia, memaparkan beberapa koleksi Behati yang mengamil inspirasi daripada gaya Peranakan pada tahun ini.

Menerusi video tersebut dapat dilihat beberapa pakaian tradisional direka menjadi lebih terkini namun menerima kritikan ramai.

Rata-rata warganet kecewa apabila baju tradisonal tersebut seakan dipermainkan. Bahkan, mereka juga berpendapat bahawa fesyen tersebut terlalu unik sehingga sukar untuk difahami.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*