Seorang lelaki maut apabila lori dipandu menggilis kepalanya selepas tercampak dari cermin hadapan sejurus kenderaan berat itu terjunam di curam, dalam nahas di kawasan pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Merchang, Marang.
Dalam kejadian kira-kira 12.50 tengah hari itu, mangsa, Nasaruddin Nasir, 37, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan.
Lapor Berita Harian, kejadian dipercayai berlaku ketika lori dipandu mangsa menuruni bukit di tapak pembinaan dan menghala ke bengkel lori.
Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, lori dipandunya hilang kawalan menyebabkan kenderaan itu terjunam di curam yang berketinggian kira-kira tiga meter.
- Turut baca : Wanita tikam suami curang, rebus mayat dalam periuk
Kejadian itu menyebabkan mangsa tercampak keluar daripada cermin hadapan sebelum kepalanya digilis.
Sementara itu, Ketua Polis Marang Mohd Zain Mat Dris, mengesahkan kejadian.
Katanya, mayat mangsa kemudian dibawa Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Leave a Reply