Wanita tikam suami curang, rebus mayat dalam periuk

Gambar sekadar hiasan

Seorang wanita di Iran ditahan polis kerana didakwa menikam suaminya hingga mati dan memasak bahagian badannya selepas mendapat tahu mengenai kecurangan lelaki tersebut, lapor akhbar The Sun, semalam.

Wanita berusia 22 tahun itu ditahan selepas polis menemui mayat pasangannya yang dalam keadaan tidak sempurna selepas dikerat di rumah mereka di Eslamshahr pada 13 Ogos.

Polis dimaklumkan mengenai mayat reput oleh penduduk tempatan yang melaporkan terdapat bau busuk datang dari rumah pasangan itu.

Ibu kepada seorang anak yang berasal dari Afghanistan itu dituduh mengerat mayat suaminya dan merebus bahagian badan lelaki itu di dalam periuk.

Polis percaya bahawa suspek mengamuk selepas mendapati mangsa, yang dilaporkan berusia lewat 30-an, sedang bercinta dengan wanita lain.

Suspek dikatakan telah melihat perempuan simpanan mangsa di rumah sebelum bersemuka dengan mangsa dan terlibat dalam pertengkaran yang dahsyat.

Suspek turut memberitahu bahawa dia sudah ‘penat’ dengan sikap mangsa selain mendakwa dia dan anak mereka sering didera oleh suaminya.

“Dia pernah memukul saya dan anak perempuan yang berumur lima tahun serta mengkhianati saya beberapa kali.

“Saya bosan dengan perangai tersebut dan sebab itu saya membunuhnya.

“Saya tidak faham bagaimana saya secara tiba-tiba menghunus pisau ke perutnya sebelum dia rebah dan terus tidak bergerak,” cerita suspek semasa soal siasat.

Setakat ini, tiada kenyataan dibuat mengenai tindakannya merebus mayat suaminya yang dianggap agak luar biasa.

Wanita tikam suami curang, rebus mayat dalam periuk

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*