{VIDEO} “Salah tetap salah…” Tersengih saman abang sendiri, netizen puji anggota trafik tak pilih bulu

“Salah tetap salah…” Tersengih saman abang sendiri, netizen puji anggota trafik tak pilih bulu.  Undang-undang tak kira adik beradik.

Frasa tersebut bagi menggambarkan betapa perlunya seseorang itu adil untuk menjatuhi sebarang hukuman jika didapati bersalah, hatta dalam kalangan ahli keluarga sendiri.

Menggalas tanggungjawab sebagai anggota trafik, dia sewaktu sedang bertugas tidak semena-mena telah mengeluarkan saman terhadap sebuah kereta.

Pun begitu, apa yang membuatkan netizen mengaguminya bilamana mendapati rupanya individu yang disaman adalah abang kandungnya sendiri.

Jadi, tidak hairanlah jika lihat dia tersengih sewaktu sedang dirakam oleh pemilik akaun.

Bukan itu sahaja, mereka juga sempat berswafoto sebelum masing-masing bersurai dan kembali menyambung tugas.

“Walaupun kita adik beradik, salah tetap salah.”

“Ingat pesan arwah ayah dik, jalankan amanah dengan penuh tanggungjawab.”

Melihat gelagat dua bersaudara itu, membuatkan netizen ikut terhibur dan sempat berseloroh ‘membahan’ si adik apabila mereka berdua di rumah nanti.

Dalam waktu sama, dia juga dihujani pujian bilamana rata-ratanya kagum dengan caranya menggalas tanggungjawab dengan penuh amanah.

 "Salah tetap salah..." Tersengih saman abang sendiri, netizen puji anggota trafik tak pilih bulu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*