{VIDEO} “Anak siapa la ni…” Berang kena hon, pelajar ‘tibai’ sekeluarga ditepi jalan

Gara-gara berang dihon, sekumpulan pelajar tergamak melakukan serangan ke atas sepasang suami isteri serta anak mereka yang masih kecil di tepi jalan.

Sewaktu kejadian kumpulan pelajar itu yang menaiki motosikal dikatakan tidak mengendahkan bunyi hon hingga menyebabkan pemandu kereta memintas mereka.

Hal itu telah mencetuskan kemarahan mereka yang mengakibatkan kumpulan pelajar tadi mengejar dan memintas kereta tersebut.

Menerusi rakaman tular, sepasang suami isteru terbabit teruk dibelasah oleh remaja yang memakai jersi bola.

Lebih mengejutkan, kelihatan salah seorang dari kalangan mereka bertindak mengambil sebatang kayu dipercayai untuk memukul mangsa.

Bukan itu sahaja, turut kelihatan seorang wanita mengendong budak kecil tersungkut jatuh ke tanah sambil suaranaya kedengaran menangis meminta tolong dan belas ihsan agar tidak dicederakan.

Bagaimanapun, Ketua Polis Bangkala mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kes berkenaan.

Malah, pelaku yang masing berusia 17 dan 19 tahun juga telahpun ditahan bagi membantu siasatan sementara tiga lagi suspek masih diburu.

 "Anak siapa la ni..." Berang kena hon, pelajar 'tibai' sekeluarga ditepi jalan

"Anak siapa la ni..." Berang kena hon, pelajar 'tibai' sekeluarga ditepi jalan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*