{VIDEO} “Ini baru betul usaha…” Teringin naik kereta polis, lelaki nekad buat hal

Tindakan seorang pemuda dari Indonesia dianggap tidak masuk akal apabila dia menyatakan telah lama menyimpan hasrat untuk menaiki kereta polis di Jepun.

Disebabkan hal itu, dia nekad melakukan sesuatu agar impiannya tercapai.

Menerusi video yang dikongsi Isal, menyaksikan gelagatnya yang sengaja menyentuh pagar sebuah rumah di kawasan kejiranan, walhal sudah ditampal tanda amaran.

Tidak lama selepas itu, kelihatan sebuah kenderaan polis tiba di perkarangan rumah dan sedia untuk mengambil pemuda berkenaan atas kesalahan yang telah dilakukan.

Pun begitu dia tidak takut, sebaliknya berpuas hati kerana kejadian berlaku bersesuaian dengan rancangannya dan dia kelihatan sangat menikmati saat-saat berada di dalam kenderaan tersebut.

Ramai tidak menyangka dia sangat nekad dan masing-masing mula terbayang reaksi polis apabila mengetahui kesalahan itu dilakukan dengan niat dan disengajakan.

"Ini baru betul usaha..." Teringin naik kereta polis, lelaki nekad buat hal

"Ini baru betul usaha..." Teringin naik kereta polis, lelaki nekad buat hal

"Ini baru betul usaha..." Teringin naik kereta polis, lelaki nekad buat hal

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*