Ugut bunuh Ketua Hakim Negara, ‘Apiez Bond’ ditahan

Polis menahan pemilik akaun Facebook Apiez Bond susulan hantaran yang dimuatnaik di laman itu yang mengancam dan mengugut Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.

Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman A Skandaguru berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Puchong jam 11.15 malam tadi bagi membantu siasatan.

“Turut dirampas daripada suspek adalah satu unit telefon bimbit beserta kad sim yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Skandaguru berkata, suspek direman empat hari sehingga 23 Ogos untuk siasatan lanjut.

Katanya, siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut.

Selain itu katanya, siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

“Polis memandang serius perkara ini dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang tindakan membabitkan isu salah laku jenayah dan isu ketenteraman awam yang boleh mengganggu gugat keamanan.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan platform media sosial untuk mengancam keselamatan,” katanya.

 

Ugut bunuh Ketua Hakim Negara, ‘Apiez Bond’ ditahan

Ugut bunuh Ketua Hakim Negara, ‘Apiez Bond’ ditahan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*