KANTOI | CCTV dedah kelakuan lelaki ini, tonton video lucah sebelum beli

Membuat pemeriksaan ke atas sesuatu barangan sebelum dibeli merupakan antara hak kita sebagai pengguna, terutamanya barang yang berteknologi.

Maklumlah, sudah berhabis ribuan ringgit, mestilah kita mengharapkan produk yang dibeli berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan untuk jangka waktu lama.

Namun, lain pula yang dilakukan oleh seorang lelaki ini sewaktu datang ke sebuah kedai gajet dan elektronik yang mana gelagatnya ada dikongsi oleh pemilik akaun Twitter bernama @AndyHuskyyy.

Menerusi hantaran tersebut, kelihatan lelaki tadi sedang melihat sesuatu menggunakan komputer riba (laptop) yang berada di meja pameran.

Apabila diterjah oleh salah seorang staf, rupanya dia sedang melihat video yang dipercayai berunsur lucah secara sendirian atau dengan kata lain dia telah menyalah gunakan barangan yang berada di kedai tersebut.

Hal itu sekaligus membuatkan warganet bingung dengan perbuatan lelaki tadi yang agak berani, walhal sudah sedia tahu bahawa di situ terdapat banyak kamera litar tertutup sedang memerhati.

Turut baca

KANTOI | CCTV dedah kelakuan lelaki ini, tonton video lucah sebelum beli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*