Pendakwaan terpilih : Anwar ‘cabar’ kerajaan buka semula kes zaman PH. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyorkan dan mencabar kerajaan membuka semula fail siasatan terhadap sebarang kes dianggap sebagai ‘pendakwaan terpilih’ yang didakwa berlaku semasa Pakatan Harapan (PH) menerajui kerajaan.
Anwar menegaskan andainya berlaku ‘pendakwaan terpilih’ dalam PH, tiada halangan untuk Peguam Negara untuk membuka semula fail kes berkenaan.
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, terdapat juga pihak membangkitkan dakwaan mengenai seorang pemilik konglomerat besar yang dilindungi (ketika pentadbiran PH) kerana anaknya terlibat dengan kes jenayah dadah.
“Jangan bagi alasan, sindiran seolah-olah ada (pendakwaan terpilih). Jika ada, silakan (siasat dan dakwa). Saya tidak (berada) di sini untuk mempertahankan konglomerat kaya yang rasuah.
“Saya cadangkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) supaya memastikan Peguam Negara sama ada yang sekarang atau yang dulu untuk buka semula fail. Tiada had tempoh untuk kes jenayah,” katanya.
Presiden PKR itu secara peribadi juga menyokong langkah itu sebagai peringatan kepada semua pihak khususnya individu yang dilihat kononnya lantang mengkritik isu rasuah.
“Bagi saya ada baiknya (buka semula siasatan)…supaya bagi orang-orang yang berdegar-degar cakap soal rasuah, tahu hadnya bila dia sendiri atau keluarganya terpalit dengan jenayah atau rasuah,” katanya.
Turut baca
- Rayuan akhir : Debaran menemani Najib
- PANAS | Ketua Hakim Negara berdepan laporan polis
- Biarkan ibu kelaparan, anak derhaka mereput dimakan ulat
Leave a Reply