{VIDEO} Orang kaya ‘kantoi’ curi coklat, pekerja kedai pula terpaksa minta maaf lepas diugut

Gara-gara menyebarkan video seorang wanita mencuri di sebuah kedai runcit di Indonesia, seorang pekerja wanita terpaksa membuat pemohonan maaf kepada ‘pencuri wanita’ berkenaan.

Difahamkan, sebelum ini pekerja wanita berkenaan berjaya mencekup seorang wanita yang didapati mencuri coklat di kedai serbaneka Alfamart.

Ini kelewatan. Orang yang ketahuan ngutil malah berbalik menekan karyawan alfamart hanya krn mampu menyewa pengacara.

Alih-alih dia yang minta maaf, malah mbak alfamart yang harus minta maaf. pic.twitter.com/h7mwBDGBO1

— Zulfikar Akbar (@zoelfick) August 14, 2022

Bagaimanapun, berang akan video tersebut tersebar suspek telah mengupah peguam untuk mendapatkan pemohonan maaf secara terbuka daripada pekerja berkenaan.

Pekerja itu dipercayai bersetuju untuk membuat permohonan maaf selepas peguam suspek mengugutnya dengan Undang-Undang Maklumat Elektronik dan Transaksi kerana menyebarkan maklumat palsu.

Susulan itu, pekerja kedai Alfamart itu dilihat membaca permohonan maaf sambil diperhatikan suspek bersama peguamnya, lapor Jakarta Globe.

“Saya pekerja Alfamart, dan izinkan saya menjelaskan video yang telah tersebar di media sosial.

“Wujud salah faham di antara kami berdua yang telah merosakkan reputasi Puan Mariana. Saya memohon maaf kepada Puan Mariana kerana menyebarkan video itu,” kata pekerja itu.

Dalam kejadian yang dirakam CCTV itu, suspek dilihat cuba melarikan diri selepas dipercayai mencuri coklat dan masuk ke dalam kereta sebelum dihalang seorang pekerja kedai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Venda Jore Rahardi (VJR) (@bangvenda)

Kedua-dua mereka kemudian terlibat dalam pertengkaran mengenai barang yang didakwa tidak dibayar.

“Biar saya periksa barang-barang itu. Mengapa kamu tidak jujur kepada kami?” kedengaran pekerja itu menjerit kepada suspek.

Suspek akhirnya bersetuju untuk kembali ke kedai namun tidak dapat dipastikan jika dia membayar harga barang tersebut.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*