“Dia maknyah…” -Penganjur KFW22 tampil mohon maaf, janji akan lebih peka

Ekoran tular beberapa keping gambar individu berpakaian tidak senonoh sewaktu menghadiri Minggu Fesyen Kedah 2022 (KFW22) di Kedah, pihak penganjur tampil memohon maaf.

Perkara itu dimaklumkan oleh pihaknya dalam satu kenyataan serta memaklumkan bahawa individu terbabit adalah tetamu pada acara itu, bukan model yang memperagakan fesyen.

“Pihak kami kesal dengan perkongsian foto seorang tetamu yang hadir ke KFW22 di mana gambarnya tidak mencerminkan kod etika pemakaian ditetapkan pihak penganjur.

“Pihak kami kesal atas segala kesulitan dan akan memastikan etika pemakaian yang ditetapkan di mana-mana majlis di Aman Central akan dipantau dengan lebih ketat selepas ini,”

Memperincikan lagi acara tersebut, pihaknya berkata acara tersebut dilakukan setiap tahun bagi memperomosikan pakaian berjenama selain menampikan barisan pereka fesyen berbakat tanah air.

“Penganjuran kali ini adalah penampilan semula selepas dua tahun acara dibatalkan pada tahun-tahun sebelumnya akibat negara dilanda pandemik,”

Bagaimanapun, menerusi hantaran terbaharu Dato’ Dr Mohd Hayati Bin Othman yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuas Kesihatan dan kerajaan tempatan memaklumkan penganjur acara itu telahpun menemuinya.

Menurut Dr Mohd Hayati, individu tersebut adalah seorang ‘maknyah’ yang berlakon seperti seorang model.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*